LEMBAGA PENASIHAT

SHAREN ALZALIP
PENASIHAT UNDANG-UNDANG
Sharen Alzalip merupakan anak kelahiran Taiping, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak.
Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2003.
Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana (Masters) dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of the West of Scotland, United Kingdom dan Diploma Lepasan Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan dari London Examinations Board, United Kingdom.
Beliau juga sedang melanjutkan pengajian di dalam Doktor Falsafah (PHD) untuk Pengajian Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.
Beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada 5 Mac 2004.
Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun sebagai Peguambela & Peguamcara dan juga sebagai Penasihat Undang-Undang Syarikat kepada Celcom Axiata Berhad (kini dikenali sebagai Celcom Digi Berhad), Sapura Kencana Berhad (kini dikenali sebagai Sapura Energy Berhad), Altel Communications Sdn Bhd dan Edotco Malaysia Sdn Bhd.
Kini, beliau merupakan pengasas dan Ketua Rakan Kongsi firma guaman Tetuan Sharen Alzalip & Co. (SACO). SACO telah dilantik secara eksklusif sebagai rakan strategik PennaWaris Sdn Bhd.
Beliau kini adalah salah seorang Ahli Lembaga Penasihat PennaWaris Sdn Bhd.
19 tahun pengalaman sebagai Peguambela & Peguamcara dan Penasihat Undang-Undang
Syarikat
PENDIDIKAN
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) – University of the West of Scotland
- Diploma Lanjutan Pentadbiran Perniagaan – London Examinations Board, UK
- Doktor Falsafah (PHD) Pengajian Antarabangsa – Universiti Utara Malaysia
KERJAYA
- Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 5 Mac 2004
- Firma Guaman
- Celcom Axiata Berhad (Penasihat Undang-Undang)
- Sapura Kencana Berhad (Penasihat Undang-Undang)
- Altel Communications Sdn Bhd (Ketua Divisyen Undang-Undang)
- Edotco Malaysia Sdn Bhd (Penasihat Undang-Undang)