Tentang Kami

Perkhidmatan komprehensif dan diyakini.

Ditubuhkan pada 27 Oktober 2022 dan beribu pejabat di Bandar Baru Bangi, Selangor

Sebuah syarikat perunding untuk PERANCANGAN dan PENGURUSAN harta pusaka Islam di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh BUMIPUTERA.

Objektif utama penubuhan PennaWaris adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada seluruh masyarakat khususnya yang beragama Islam di Malaysia tentang kepentingan PERANCANGAN

PennaWaris secara eksklusif telah melantik firma guaman Sharen Azalip & Co. atau lebih dikenali sebagai SACO sebagai rakan strategik bagi mengendalikan penyediaan dokumen perundangan lengkap dalam perancangan dan pengurusan harta.

Servis Kami

Servis terbaik yang akan memudahkan urusan anda.

01.

KAMI Menyediakan dokumen perancangan harta pusaka Islam (LANTIKAN WASI, PERWARISAN LENGKAP DAN HIBAH) yang sah di sisi undang-undang dan boleh digunapakai untuk proses tuntutan oleh waris.

02.

Menguruskan kes-kes tuntutan harta pusaka yang belum selesai dan membantu waris untuk menjalani proses tuntutan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

03.

Menawarkan siri ceramah 'SEMBANG PUSAKA' di surau-surau, masjid-masjid, institusi awam dan swasta serta komuniti bagi tujuan memberikan kesedaran kepada orang awam tentang perancangan harta pusaka. Ceramah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang bertauliah daripada pihak kami.

Visi Korporat

Pengendali perancangan harta pusaka Islam

Untuk menjadi sebuah syarikat pengendali perancangan harta pusaka Islam yang diyakini dengan menawarkan perkhidmatan komprehensif terhadap pelanggan dan waris serta menjadi agen penyebar kesedaran tentang pentingnya perancangan harta pusaka secara menyeluruh kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Misi Korporat

Pengendali perancangan harta pusaka Islam

01. DIYAKINI DAN MEMUDAHKAN

Menjadi sebuah syarikat pengendali perancangan harta pusaka Islam yang diyakini dan memudahkan para pelanggan serta waris.

02. MENYEBARKAN KESEDARAN

Mengadakan siri jelajah kempen menyebarkan kesedaran tentang kepentingan perancangan harta pusaka Islam secara giat dan berterusan.

03. PERKHIDMATAN PERANCANGAN HARTA

Menawarkan perkhidmatan perancangan harta dan pengurusan pusaka secara syarie yang paling komprehensif di Malaysia

04. MEMPERCEPAT PROSES

Memudahkan dan mempercepatkan proses urus pusaka waris si mati agar semua tuntutan selesai dengan kos yang berpatutan

Mari fikir Sejenak

Apakah hal ini pernah berada dalam pemikiran anda?

Sudahkah anda membuat wasiat dan perancangan pewarisan?

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hak seorang muslim yang memiliki sesuatu yang dia ingin berwasiat padanya yang tertahan dua malam kecuali wasiatnya ditulis di sisinya.“ Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Apabila berlaku kematian, tahukah waris apa yang perlu dilakukan?

Siapa yang perlu dihubungi? Adakan arwah mempunyai khairat kematian dan di masjid mana? Apa proses yang perlu dilalui dan berapa kosnya?
Adakah waris terdekat bersedia? Yang penting jenazah perlu diuruskan segera.

Setelah selesai pengebumian, apa terjadi kepada keluarga anda?

Adakah keluarga mempunyai dana yang cukup untuk tujuan kelangsungan hidup? Bagaimana dengan pelajaran dan masa hadapan anak-anak?
Sudahkah kita jalankan tanggungjawab dan amanah kita dengan baik?